Thursday 17 December 2009

Malaysia boleh!

Tu dia, malaysia menang emas sukan sea. Ada brader kat tv2 tadi kata pengkritik sila tutup mulut. Tapi aku tak nak tutup mulut. Mulut aku, aku punya suka. Apa-apapun tahniah kepada skuad bawah 23 tahun kerana menewaskan vietnam 1-0 seperti yang kita tahu. Penantian 20 tahun terbayar. Kali terakhir ketika Radhi Mat Din, Zainal Abidin serta teman seperjuangan pada tahun 1989 membawa pulang emas. Kali ini giliran badrol,safiq,zakuan serta rakan-rakan pula. Jika dilihat dari score, ya memang malaysia menang. Dari segi permainan tetap sama. Passing, shooting, stoping tetap teruk. Entahla, mungkin salah padang. Mungkin kena main di Anfield, Nou Camp baru main smooth. Paling mengecewakan Safiq Rahim yang gagal di tengah padang. Main untuk negeri,kelab bagus ja. Tapi main national team, jahanam. Banyak buang bola. Umpanan hancur berkali-kali. Ini pemain yang Rajagopal puji. Sebab itu aku kata mengecewakan. Pujian kepada Norshahrul kerana ada 1-2 lintangan menarik darinya. Jutaan terima kasih patut diberi kepada pemain pertahan yang kebal. Taktik yang cerdik pandai oleh coach dengan memasukkan Azmi Muslim di saat akhir yang sangat memberi impak. Namun, gol dihasilkan aku kategorikan sebagai gol nasib. Rumusannya, game boring. Nasib baik tengok sambil baring atas sofa lembut. Dengan bapak aku kecoh lagi. Kurang sket tension. Apa yang aku harap suatu hari Malaysia dapat bermain dengan cantik. Maksud aku cantik bukanlah perfect, tapi passing stoping finishing biar ada gaya macam pemain yang training setiap hari. Itu saja. Membujur lalu melintang patah. Sekian.

2 comments:

  1. Malaysia boleh sebenarnya. Main cantik sikit lagi, lagi ramai lah orang layan bola Malaysia.

    ReplyDelete
  2. Orang nak salahkan FAM. Tapi kalau Ronaldinho,Kaka,Messi,Casilas,Tores main Malaysia,president FAM yang sama, masuk jugaklah world cup.Kalau tukar president, Hairudin juga main stiker,apa bezanya?Haha.

    ReplyDelete