Sunday 24 January 2010

Tragedi Januari

21st Jan:

7.00AM:Aku bangun pagi itu dengan mata mengantuk lalu pergi menghantar adik aku ke sekolah. Dalam perjalanan, aku bertanya perhimpunan pukul berapa? 7.30 jawabnya. Itulah kata-kata terakhir aku dengar daripadanya hari itu.

Aku pulang lantas sambung tidur.ZZZzzzzZzzz. Kedengaran bunyi orang dari luar memanggil dan beri salam. Bapa ku ke pintu lalu diberitahu anaknya accident di kampung sebelah. Aku lantas bangun bergegas ke pintu sambil mencapai kunci kereta lalu pergi ke tempat kejadian.

2.30PM:Sesampai aku terkejut melihat adikku tidak sedarkan diri di dalam rumah orang kampung di situ. Persoalan timbul mengapa tidak telefon ambulan?Mengapa angkat dia masuk rumah sedangkan tempat kejadian 100meter dari rumah itu. Jika terjadi apa-apa sapa nak menjawab?Apabila di tanya awat tak telefon ambulan?Selamba menjawab kami tak reti. Dengan rasa kecewa aku dan keluarga membawa adikku ke hospital berdekatan iaitu di Jitra.

Sesampainya kami di kecemasan, aku beritahu adikku accident dan tidak sedarkan diri. Lalu dia menolak katil roda ke luar. Namun entah apa dia terpikir dia menyuruh kawannya mengambil kerusiroda. Apa ka bodoh mamat ni? Hatiku berbisik. Orang tak sedar baru lepas accident nak bawak pakai kerusiroda? Ada patah-patah riuk apa macamana bodoh!Sambil mengangkat mamat tu berkata, la,tak sedar ka?Makin bertambah bodoh aku cop mamat ni. Namun kami teruskan kerana ingin cepat berjumpa doktor.

5.30PM:MA atau doktor memangil ayahku dan memberi surat ubat untuk di ambil di farmasi dan memberitahu lepas air habis boleh bawak balik la encik. Sesudah ambil ubat(hanya pil tahan sakit,ubat luka tidak diberi,antibiotik pun tiada) bapaku dan aku masuk ke kecemasan lalu cuba mengejut adikku. Namun tiada respon. Bapaku bertanya,doktor, ni nak bawak balik macamana?Tak sedaq lagi ni. IYA KA-doktor menjawab. Lalu bergegas ke katil dan memeriksa mata adikku. Aku dapat lihat matanya tiada respon apabila disuluh torchlite. Lalu doktor dengan kasar dan kurang hajar cuba mengejutkan adik aku yang sedang sakit tu. Tiada respon. Mungkin doktor tu pikir adikku ni tengah berlakon. Lancau punya doktor.
Mula la dia gelabah kata bahaya ni,takdak respon mata. Hampir dekat 3jam kat situ baru dia sedar bahaya?yang tadi boleh suruh bawak balik?Apa kejadahnya?

Sejam lepas tu, dari Jitra dia dibawa ke Hospital Besar Sult Bahiyah. Ditempatkan di kecemasan bahagian kritikal sehingga jam 1030. Kemudian di usung ke ICU. Kami sekeluarga bermalam di hospital.

22nd Jan:

Keadaan masih sama. Laporan doktor menyatakan ada pendarahan kecil dalam otak seblah kiri. Luka di kepala sebelah kanan dan kaki kanan. Ubat bius diberi untuk terus berehat. Tidak bernafas sendiri,sebaliknya mesin membantunya bernafas. Aku, (Pipi+Pazli)sepupu-sepupu serta rakan-rakan(Matkort+Tokpin) bermalam di hospital.

23rd Jan:

Keadaan masih sama. Kelihatan air mata adikku menitis ketika ibu memanggil namanya. Mungkin terlalu sakit. Ketika adik perempuan aku memanggil namanya, dia cuba membuka mata, namun tutup kembali.Petanda yang baik dimana dia memberi respon di situ. Doktor memberi jawapan sama dia masih berehat dan sudah stabil. Aku ,Mat Kort dan Tok Pin bermalam di hospital.

24th Jan:

Tengah hari, ibu mendapat panggilan dan diberitahu adik sudah dipindah dari ICU ke wad 3C. Keadaannya makin ok. Masa aku sampai dia tengah tidur. Kata ibu dan bapaku, dia dah sedar tadi minum air soya. Ni baru tidur balik. Tadi dia duk panggil la mak ayah. Dia kata sakit. Memanglah sakit dik, dah jatuh(kata aku dalam hati). Syukur la dia dah sedar. Harap cepat sembuh, pulang ke rumah dan pergi sekolah balik. Tahun ni nak amik PMR. (Baru pulang dari hospital tadi. Teman tok duk sorang-sorang kat rumah.)