Thursday 17 December 2009

Untuk beginner sahaja.




Sedutan lagu dari filem ROCK yang dimainkan tak berapa rock oleh Faizal Roker. Maaf ada sangkut2. Layan ja.haha.

Malaysia boleh!

Tu dia, malaysia menang emas sukan sea. Ada brader kat tv2 tadi kata pengkritik sila tutup mulut. Tapi aku tak nak tutup mulut. Mulut aku, aku punya suka. Apa-apapun tahniah kepada skuad bawah 23 tahun kerana menewaskan vietnam 1-0 seperti yang kita tahu. Penantian 20 tahun terbayar. Kali terakhir ketika Radhi Mat Din, Zainal Abidin serta teman seperjuangan pada tahun 1989 membawa pulang emas. Kali ini giliran badrol,safiq,zakuan serta rakan-rakan pula. Jika dilihat dari score, ya memang malaysia menang. Dari segi permainan tetap sama. Passing, shooting, stoping tetap teruk. Entahla, mungkin salah padang. Mungkin kena main di Anfield, Nou Camp baru main smooth. Paling mengecewakan Safiq Rahim yang gagal di tengah padang. Main untuk negeri,kelab bagus ja. Tapi main national team, jahanam. Banyak buang bola. Umpanan hancur berkali-kali. Ini pemain yang Rajagopal puji. Sebab itu aku kata mengecewakan. Pujian kepada Norshahrul kerana ada 1-2 lintangan menarik darinya. Jutaan terima kasih patut diberi kepada pemain pertahan yang kebal. Taktik yang cerdik pandai oleh coach dengan memasukkan Azmi Muslim di saat akhir yang sangat memberi impak. Namun, gol dihasilkan aku kategorikan sebagai gol nasib. Rumusannya, game boring. Nasib baik tengok sambil baring atas sofa lembut. Dengan bapak aku kecoh lagi. Kurang sket tension. Apa yang aku harap suatu hari Malaysia dapat bermain dengan cantik. Maksud aku cantik bukanlah perfect, tapi passing stoping finishing biar ada gaya macam pemain yang training setiap hari. Itu saja. Membujur lalu melintang patah. Sekian.

Thursday 3 December 2009

11-0 dah cukup bagus?tunggu buku bertemu ruas.



vs






Stadium Nasional Laos-Skuad negara wajib diberi pujian atas kemenangan ini. Ini merupakan jumlah jaringan terbesarbagi sukan bola sepak di peringkat Sea games.Namun, 11 jaringan
bukan beerti mereka bagus. Jika direnung video ini, dapat kita lihat permainan masih di takuk lama. Stopping, passing ,umpanan tidak kemas. Ini benda basic dalam bola. Mungkin Timor Leste
bukan tandingan kerana mereka masih baru di arena antarabangsa. Lawan sebenar menanti selepas ini ialah Thailand dan Vietnam. Semoga Farizal Marlias tidak melakukan kesilapan bodoh
seperti goli sebelum ini dalam game akan datang. Pastikan emas milik kita. Majulah bola sepak untuk bangsa dan negara.

Tuesday 1 December 2009

Sehari di pejabat

Buat julung kalinya aku berasa tekanan sebegini setelah sekian lama . Tanggal 1december 2009, aku didedahkan dengan kerja-kerja account yang sememangnya aku kurang atau lebih tepat TIDAK gemar.8 jam di office bagaikan penjara.Jam dinding berdetik lambat membuat aku makin fed up.Tapi apakan daya, ini yang telah termaktub untuk aku. Kata rakan sekerja aku, awal2 memang lah boring nanti oklah tu. Aku harap begitulah hendaknya nanti. Bos aku dikatakan umur 26tahun, tapi aku belum jumpa sebab takdak kat office(conference di KL). Huh, pengalaman ini buat aku ingin terus jadi student saja. Tiada tekanan sebegini, yang ada cuma lecturer yang selalu makan dalam sahaja apabila lama tidak bersua. Atau,dalam kepalaku ada ini(am style) - bukak bisnes kecil-kecilan suatu hari nanti dan jadi bos,setel!. Aku dapat rasakan hari esok dan seterusnya pasti lebih teruk. Arghh, jadi kuli memang teruk.

Thursday 26 November 2009

Malam Raya

Aku baru pulang dari main futsal dan melepak di Salam tadi. Malam ini meriah. Mamak semua penuh dan jalan penuh mat rempit dan mat kereta. Masing-masing tunjuk lagak atas jalan, aku dan Roy dan rakan-rakannya dari sekolah Malik yang lain pun layan la tengok wira-wira jalanan ini. Dari EX5 sampailah ke RXZ, Honda sampailah ke Nissan penuh di Jalan Stadium di sini. Walaupun CD Alor Setaq pancung sudah tiada di pasar malam, masih ramai mat rempit pancung di sini. Senang kata pancung terus pancung,takkan berhenti selagi ada motor. Susah nak jumpa fenomena begini di shah alam. Malam minggu, penuh jalan, polis pun layan sekali. Jadi ,sebenarnya apa cita-cita mereka ini?Nak jadi mat rempit sejati ka apa? Sejati mana? Shahrul Yuzi pun tak ke mana di peringkat dunia. Mungkin ini angan-angan mereka dari kecil. Jika aku, cita-cita ingin jadi pemain bola sepak. Itu masa kecil lah. Bila dah besar tak tahu nak jadi apa. Ni juga satu masalah. Baru-baru ini, aku bertanya kepada sepupu aku,Irfan umur 2tahun. Ipan,besaq nanti nak jadi apa. Jawabnya, Mat rempit sambil tersenyum. Ringkas tapi padat. Setiap kali aku jumpa dia,akan kutanya dan jawapannya sama,Mat Rempit. Budak ni pendiam,abangnya nakal tahap gaban,tapi ipan ni akan buat abangnya menangis bila bergadoh. Itu cerita budak kecil. Ini pula cerita remaja umur 17tahun. Sepupu aku juga, Atan namanya. Beberapa hari lepas aku mengajaknya karaoke. Dia mmg hantu karok. Kebetulannya esoknya dia exam SPM paper math, tapi aku tak tahu. Dia kata ok aku on jela. Hampa taw cita-cita dia apa? Nak bawak trailer. Katanya bawak trailer syok, boley jalan-jalan. Itu cerita pak cik aku kepada aku. Aku tak heran bila dengar cita-cia begini sebab masa kecil ramai kawan-kawan aku bila besar nak bawak lori, bawak mesin padi dan kebanyakannya menjadi realiti. Sebenarnya, aku bukan nak merperlekehkan orang kerja begini, jgn slh paham. Kalau jadi menteri, ketua polis sekalipun, makan rasuah apa guna?Bawak lori lagi mulia. Aku pernah terdengar perbualan seorang lelaki bergelar bapa dengan rakannya. 'Anak aku senang, aku tanya bila besar nak jadi ape? bila dia jawab, aku kata, ayah x kesah along nak jadi apa,yang penting jadi orang yang berguna bila besar nanti (sambil menyalakan sebatang dunhill)'. Berguna itu ringkas tapi luas definasinya. Adakah kita berguna? Muhasabahlah diri dan jawab sendiri. Salam.