Friday 23 September 2011

Permata di malam itu

Malam ini tiada bezanya
Sejuk tetap seindah bahasa
Namun masih aku ingat
Bahang kehangatan di malam itu

Malam itu kuanggap luar biasa
Mungkin aku belum dewasa
Baik buruk anggap biasa
Itulah resam remaja

Remaja singgah hanya seketika
Ketika itu aku leka
Khayal dengan mainan minda
Godaan dunia yang tak seberapa

Seberapa pantas masa berlalu
Ketika itulah aku menangis
Bukan kerana aku sedar
Tapi kerna aku lupa

Lupa siapa diri aku
Mana asal usulku
Di mana bumiku kupijak
Langit kujunjung tampak kelabu

Kelabu warna di malam itu
Satu rasa dikecap walau seketika
Kutanggal satu persatu
Hingga meresap ke dalam jiwa

Jiwa dimain tidak mengapa
Kerna dirinya pernah terluka
Disudut ini hati berkata
Ampunkan aku wahai permata





Friday 30 April 2010

Spin - Mengusung rindu




"lagu ni aku siulkan sejak di bangku sekolah rendah hingga ke bilik kuliah universiti"

"bait pilihan : kalau tahu sakit begini, tidak ku bermain cinta..."

"ty for the wonderful voices"

"Al - Fatihah"


Polis diarah buat siasatan lanjut

SHAH ALAM - Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, Peguam Negara mengarahkan polis melakukan siasatan lebih lanjut berhubung kes seorang remaja lelaki, Aminulrasyid Amzah, 15, (gambar) yang mati terkena tembakan pada Isnin lalu.

Beliau berkata, arahan itu dikeluarkan selepas pihak Peguam Negara meneliti kertas siasatan yang telah diserahkan oleh polis Selangor pagi semalam.

"Selepas kita laksanakan arahan ini, kita akan serahkan semula kertas siasatan kepada pihak Peguam Negara pada minggu hadapan untuk diteliti semula," kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.

Bagaimanapun, Khalid enggan mendedahkan beberapa arahan yang perlu disiasat lanjut berhubung insiden itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, kertas siasatan berhubung kes berkenaan telah dihantar kepada pihak Peguam Negara bagi tindakan selanjutnya semalam.- Kosmo


"polis yang tembak, polis la kena buat siasatan lanjut kan? baru adil dan saksama"

"Khalid : Kes ini perlu di tambah serbuk pewangi supaya pekong tidak dihidu oleh pihak tertentu"

"pernah dikejar polis di seksyen 7 kerana tak pakai helmet, jika ditembak mati mungkin mereka menjumpai sekati ganja dalam raga motor"

"hutang peluru dibayar peluru, tepat di kepala"


Wednesday 21 April 2010

Cigeret

Rokok dikatakan haram. Iyakah? Aku ada bertanya cucu kepada seorang tok guru di sini. Tok guru yang berguru di tanah Arab bertahun-tahun lamanya. Benda yang haram adalah benda yang buat kita lupa, tidak sedarkan diri. Rokok mengkhayalkan? Renungkanlah. Rokok banyak mencipta sejarah dalam hidup perokok seperti aku. Pahit manis tak dapat dilupakan. Ini antara kisah perokok yang aku pernah kenal.

Kesah 1 : Si A kantoi rokok di sekolah dan cikgu memaklumkan kepada bapa si A. Pelempang sulong dihadiahkan setelah si A pulang ke rumah. Setelah dilempang, si A lari dan tidak pulang ke rumah selama seminggu. Ibu si A yang risau memaksa bapa si A mencari dan memujuk si A pulang. Semenjak kejadian itu, si A dapat lesen besar.

Info : Pelempang merupakan cara tipikal untuk dapat lesen besar merokok ketika masih sekolah.

Kesah 2 : Si B kantoi merokok di belakang toilet ketika waktu rehat lalu dihadapkan ke bilik disiplin. Setelah dirotan , soalan demi soalan serta leteran dilemparkan. Antaranya, apa nak jadi dengan hang ni? Sapa dok ajaq isap rokok ni? Mak pak hantaq mai mengaji bukan mai mengisap.
Kalau saya habaq kat mak pak hang camna? Mesti depa malu, keciwa dengan hang ni. Dengan kering si B menjawab, cikgu, saya kat rumah pun memang macam ni la. Cikgu terdiam dan mengarahkan si B pulang ke kelas.

Banyak lagi kesah tapi aku dah malas nak tulis. Cuma ingin berpesan, jangan mulakan merokok kerana anda akan dapat sakit(sakit badan, sakit poket) dan menyesal di kemudian hari.




Friday 12 March 2010

Orang kita.

Orang kita baik sangat
Bila ada yang tak kena
Ikut kata saja
Macam kita tak ada harga

Orang kita payah bersatu
Yang dikejan hak kita
Yang dijaga maruah kita
Yang tabuh pun sesama kita

Orang kita takkan mengalah
Yang baik buat jahat, dikata fitnah
Yang jahat cuba buat baik, boleh percaya?
Bilakah kita mungkin berubah?

Orang kita cepat melatah
Bubuh garam terlebih masin
Ditambah cuka masam pula
Akhirnya terlena saja

Sorong papan tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Orang kita takkan kemana
Jika berjalan setuja batu



Tuesday 23 February 2010

Ubat seks lelaki!!!! Pelbagaiguna. (18sx)




Nah,tak perlu Viagra, minyak lintah,minyak belacak dan gambir. Hanya layan rokok daun+tembakau jawa yang asyik, pasti sentiasa up. Selain tenaga batin, daun pucuk nipah ini juga mampu mengubati cirit birit dan kencing manis.



Makin hari harga rokok Dunhill makin naik. Jadi, buat pilihan bijak. Sambil merokok, kuatkan batin dan saving duit. Hahaaa.


Monday 8 February 2010

Kantoi (busuk punya)

Semalam I sms you, you tak reply.
You kata you keluar pergi tengok bola.
You kata you keluar dengan kawan you.
But then i found out that it wasn't true.

So i sms lagi nak call tak de credit.
Sampai pukul 3pagi you tak reply lagi.
I pun tertidur mengantuk gila babi.
Rupa-rupanya you baru habis tengok midnite movie

Pagi esoknya i tanya you.
Kenapa tak reply malam tadi.
Selamber je you kata none of your business la B.
I pun tahu i kena tipu lagi.

Sudahlah sayang, I don't believe you.
I've always known your words were never true.
Why am I with you, I pun tak tahu.
No wonderlah your friends pun kutuk belakang you.

So I guess that's the end of our story.
Akhir kata you boleh blah jangan duk bajet ranggi.
Dan janganlah duk mai cari i lagi
Sebab you dah nak bertunang nanti....