Friday 30 April 2010

Spin - Mengusung rindu




"lagu ni aku siulkan sejak di bangku sekolah rendah hingga ke bilik kuliah universiti"

"bait pilihan : kalau tahu sakit begini, tidak ku bermain cinta..."

"ty for the wonderful voices"

"Al - Fatihah"


Polis diarah buat siasatan lanjut

SHAH ALAM - Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, Peguam Negara mengarahkan polis melakukan siasatan lebih lanjut berhubung kes seorang remaja lelaki, Aminulrasyid Amzah, 15, (gambar) yang mati terkena tembakan pada Isnin lalu.

Beliau berkata, arahan itu dikeluarkan selepas pihak Peguam Negara meneliti kertas siasatan yang telah diserahkan oleh polis Selangor pagi semalam.

"Selepas kita laksanakan arahan ini, kita akan serahkan semula kertas siasatan kepada pihak Peguam Negara pada minggu hadapan untuk diteliti semula," kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.

Bagaimanapun, Khalid enggan mendedahkan beberapa arahan yang perlu disiasat lanjut berhubung insiden itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, kertas siasatan berhubung kes berkenaan telah dihantar kepada pihak Peguam Negara bagi tindakan selanjutnya semalam.- Kosmo


"polis yang tembak, polis la kena buat siasatan lanjut kan? baru adil dan saksama"

"Khalid : Kes ini perlu di tambah serbuk pewangi supaya pekong tidak dihidu oleh pihak tertentu"

"pernah dikejar polis di seksyen 7 kerana tak pakai helmet, jika ditembak mati mungkin mereka menjumpai sekati ganja dalam raga motor"

"hutang peluru dibayar peluru, tepat di kepala"


Wednesday 21 April 2010

Cigeret

Rokok dikatakan haram. Iyakah? Aku ada bertanya cucu kepada seorang tok guru di sini. Tok guru yang berguru di tanah Arab bertahun-tahun lamanya. Benda yang haram adalah benda yang buat kita lupa, tidak sedarkan diri. Rokok mengkhayalkan? Renungkanlah. Rokok banyak mencipta sejarah dalam hidup perokok seperti aku. Pahit manis tak dapat dilupakan. Ini antara kisah perokok yang aku pernah kenal.

Kesah 1 : Si A kantoi rokok di sekolah dan cikgu memaklumkan kepada bapa si A. Pelempang sulong dihadiahkan setelah si A pulang ke rumah. Setelah dilempang, si A lari dan tidak pulang ke rumah selama seminggu. Ibu si A yang risau memaksa bapa si A mencari dan memujuk si A pulang. Semenjak kejadian itu, si A dapat lesen besar.

Info : Pelempang merupakan cara tipikal untuk dapat lesen besar merokok ketika masih sekolah.

Kesah 2 : Si B kantoi merokok di belakang toilet ketika waktu rehat lalu dihadapkan ke bilik disiplin. Setelah dirotan , soalan demi soalan serta leteran dilemparkan. Antaranya, apa nak jadi dengan hang ni? Sapa dok ajaq isap rokok ni? Mak pak hantaq mai mengaji bukan mai mengisap.
Kalau saya habaq kat mak pak hang camna? Mesti depa malu, keciwa dengan hang ni. Dengan kering si B menjawab, cikgu, saya kat rumah pun memang macam ni la. Cikgu terdiam dan mengarahkan si B pulang ke kelas.

Banyak lagi kesah tapi aku dah malas nak tulis. Cuma ingin berpesan, jangan mulakan merokok kerana anda akan dapat sakit(sakit badan, sakit poket) dan menyesal di kemudian hari.




Friday 12 March 2010

Orang kita.

Orang kita baik sangat
Bila ada yang tak kena
Ikut kata saja
Macam kita tak ada harga

Orang kita payah bersatu
Yang dikejan hak kita
Yang dijaga maruah kita
Yang tabuh pun sesama kita

Orang kita takkan mengalah
Yang baik buat jahat, dikata fitnah
Yang jahat cuba buat baik, boleh percaya?
Bilakah kita mungkin berubah?

Orang kita cepat melatah
Bubuh garam terlebih masin
Ditambah cuka masam pula
Akhirnya terlena saja

Sorong papan tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Orang kita takkan kemana
Jika berjalan setuja batu



Tuesday 23 February 2010

Ubat seks lelaki!!!! Pelbagaiguna. (18sx)




Nah,tak perlu Viagra, minyak lintah,minyak belacak dan gambir. Hanya layan rokok daun+tembakau jawa yang asyik, pasti sentiasa up. Selain tenaga batin, daun pucuk nipah ini juga mampu mengubati cirit birit dan kencing manis.



Makin hari harga rokok Dunhill makin naik. Jadi, buat pilihan bijak. Sambil merokok, kuatkan batin dan saving duit. Hahaaa.


Monday 8 February 2010

Kantoi (busuk punya)

Semalam I sms you, you tak reply.
You kata you keluar pergi tengok bola.
You kata you keluar dengan kawan you.
But then i found out that it wasn't true.

So i sms lagi nak call tak de credit.
Sampai pukul 3pagi you tak reply lagi.
I pun tertidur mengantuk gila babi.
Rupa-rupanya you baru habis tengok midnite movie

Pagi esoknya i tanya you.
Kenapa tak reply malam tadi.
Selamber je you kata none of your business la B.
I pun tahu i kena tipu lagi.

Sudahlah sayang, I don't believe you.
I've always known your words were never true.
Why am I with you, I pun tak tahu.
No wonderlah your friends pun kutuk belakang you.

So I guess that's the end of our story.
Akhir kata you boleh blah jangan duk bajet ranggi.
Dan janganlah duk mai cari i lagi
Sebab you dah nak bertunang nanti....


Bola Sepak Fantasi



Anda peminat bola sepak tempatan?Jika ya,klik di sini. Rajah di atas menunjukkan preview dari web fantasi liga super malaysia. Bagi yang ketagih main fantasy football BPL, sekarang tiba masa untuk anda tunjuk terer dengan main fantasi liga tempatan pula. Web ini telah dilancarkan awal tahun 2010 dan dilihat dapat memeriahkan lagi bola sepak tempatan. Tahniah kepada pihak yang terlibat dalam menjayakan web ni. Saya sebagai peminat bola sepak amat menghargainya. Namun disebalik keterujaan memuncak, timbul pula haru biru dalam pengurusan web ini. Perlawanan ke-7 sudah tamat namun mata yang baru dikemaskini hanya pada perlawanan ke-2. Alahai, sepatutnya, mantapkan dulu dari A-Z. Baru launch. Haru biru ini menyebabkan maki hamun deras tak tentu di ruangan chat dalam web ini yang telah di remove. Diharapkan pihak admin web ini dapat memperbaiki keadaan dan mengemaskini dengan secepat mungkin untuk menghangatkan lagi kerancakan bola sepak tempatan. Akhir kata, kunjungi stadium-stadium berdekatan. Salam bola dari saya telegramsesat.

Sunday 24 January 2010

Tragedi Januari

21st Jan:

7.00AM:Aku bangun pagi itu dengan mata mengantuk lalu pergi menghantar adik aku ke sekolah. Dalam perjalanan, aku bertanya perhimpunan pukul berapa? 7.30 jawabnya. Itulah kata-kata terakhir aku dengar daripadanya hari itu.

Aku pulang lantas sambung tidur.ZZZzzzzZzzz. Kedengaran bunyi orang dari luar memanggil dan beri salam. Bapa ku ke pintu lalu diberitahu anaknya accident di kampung sebelah. Aku lantas bangun bergegas ke pintu sambil mencapai kunci kereta lalu pergi ke tempat kejadian.

2.30PM:Sesampai aku terkejut melihat adikku tidak sedarkan diri di dalam rumah orang kampung di situ. Persoalan timbul mengapa tidak telefon ambulan?Mengapa angkat dia masuk rumah sedangkan tempat kejadian 100meter dari rumah itu. Jika terjadi apa-apa sapa nak menjawab?Apabila di tanya awat tak telefon ambulan?Selamba menjawab kami tak reti. Dengan rasa kecewa aku dan keluarga membawa adikku ke hospital berdekatan iaitu di Jitra.

Sesampainya kami di kecemasan, aku beritahu adikku accident dan tidak sedarkan diri. Lalu dia menolak katil roda ke luar. Namun entah apa dia terpikir dia menyuruh kawannya mengambil kerusiroda. Apa ka bodoh mamat ni? Hatiku berbisik. Orang tak sedar baru lepas accident nak bawak pakai kerusiroda? Ada patah-patah riuk apa macamana bodoh!Sambil mengangkat mamat tu berkata, la,tak sedar ka?Makin bertambah bodoh aku cop mamat ni. Namun kami teruskan kerana ingin cepat berjumpa doktor.

5.30PM:MA atau doktor memangil ayahku dan memberi surat ubat untuk di ambil di farmasi dan memberitahu lepas air habis boleh bawak balik la encik. Sesudah ambil ubat(hanya pil tahan sakit,ubat luka tidak diberi,antibiotik pun tiada) bapaku dan aku masuk ke kecemasan lalu cuba mengejut adikku. Namun tiada respon. Bapaku bertanya,doktor, ni nak bawak balik macamana?Tak sedaq lagi ni. IYA KA-doktor menjawab. Lalu bergegas ke katil dan memeriksa mata adikku. Aku dapat lihat matanya tiada respon apabila disuluh torchlite. Lalu doktor dengan kasar dan kurang hajar cuba mengejutkan adik aku yang sedang sakit tu. Tiada respon. Mungkin doktor tu pikir adikku ni tengah berlakon. Lancau punya doktor.
Mula la dia gelabah kata bahaya ni,takdak respon mata. Hampir dekat 3jam kat situ baru dia sedar bahaya?yang tadi boleh suruh bawak balik?Apa kejadahnya?

Sejam lepas tu, dari Jitra dia dibawa ke Hospital Besar Sult Bahiyah. Ditempatkan di kecemasan bahagian kritikal sehingga jam 1030. Kemudian di usung ke ICU. Kami sekeluarga bermalam di hospital.

22nd Jan:

Keadaan masih sama. Laporan doktor menyatakan ada pendarahan kecil dalam otak seblah kiri. Luka di kepala sebelah kanan dan kaki kanan. Ubat bius diberi untuk terus berehat. Tidak bernafas sendiri,sebaliknya mesin membantunya bernafas. Aku, (Pipi+Pazli)sepupu-sepupu serta rakan-rakan(Matkort+Tokpin) bermalam di hospital.

23rd Jan:

Keadaan masih sama. Kelihatan air mata adikku menitis ketika ibu memanggil namanya. Mungkin terlalu sakit. Ketika adik perempuan aku memanggil namanya, dia cuba membuka mata, namun tutup kembali.Petanda yang baik dimana dia memberi respon di situ. Doktor memberi jawapan sama dia masih berehat dan sudah stabil. Aku ,Mat Kort dan Tok Pin bermalam di hospital.

24th Jan:

Tengah hari, ibu mendapat panggilan dan diberitahu adik sudah dipindah dari ICU ke wad 3C. Keadaannya makin ok. Masa aku sampai dia tengah tidur. Kata ibu dan bapaku, dia dah sedar tadi minum air soya. Ni baru tidur balik. Tadi dia duk panggil la mak ayah. Dia kata sakit. Memanglah sakit dik, dah jatuh(kata aku dalam hati). Syukur la dia dah sedar. Harap cepat sembuh, pulang ke rumah dan pergi sekolah balik. Tahun ni nak amik PMR. (Baru pulang dari hospital tadi. Teman tok duk sorang-sorang kat rumah.)