Sejuk tetap seindah bahasa
Namun masih aku ingat
Bahang kehangatan di malam itu
Malam itu kuanggap luar biasa
Mungkin aku belum dewasa
Baik buruk anggap biasa
Itulah resam remaja
Remaja singgah hanya seketika
Ketika itu aku leka
Khayal dengan mainan minda
Godaan dunia yang tak seberapa
Seberapa pantas masa berlalu
Ketika itulah aku menangis
Bukan kerana aku sedar
Tapi kerna aku lupa
Lupa siapa diri aku
Mana asal usulku
Di mana bumiku kupijak
Langit kujunjung tampak kelabu
Kelabu warna di malam itu
Satu rasa dikecap walau seketika
Kutanggal satu persatu
Hingga meresap ke dalam jiwa
Jiwa dimain tidak mengapa
Kerna dirinya pernah terluka
Disudut ini hati berkata
Ampunkan aku wahai permata