Friday 30 April 2010

Polis diarah buat siasatan lanjut

SHAH ALAM - Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, Peguam Negara mengarahkan polis melakukan siasatan lebih lanjut berhubung kes seorang remaja lelaki, Aminulrasyid Amzah, 15, (gambar) yang mati terkena tembakan pada Isnin lalu.

Beliau berkata, arahan itu dikeluarkan selepas pihak Peguam Negara meneliti kertas siasatan yang telah diserahkan oleh polis Selangor pagi semalam.

"Selepas kita laksanakan arahan ini, kita akan serahkan semula kertas siasatan kepada pihak Peguam Negara pada minggu hadapan untuk diteliti semula," kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.

Bagaimanapun, Khalid enggan mendedahkan beberapa arahan yang perlu disiasat lanjut berhubung insiden itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, kertas siasatan berhubung kes berkenaan telah dihantar kepada pihak Peguam Negara bagi tindakan selanjutnya semalam.- Kosmo


"polis yang tembak, polis la kena buat siasatan lanjut kan? baru adil dan saksama"

"Khalid : Kes ini perlu di tambah serbuk pewangi supaya pekong tidak dihidu oleh pihak tertentu"

"pernah dikejar polis di seksyen 7 kerana tak pakai helmet, jika ditembak mati mungkin mereka menjumpai sekati ganja dalam raga motor"

"hutang peluru dibayar peluru, tepat di kepala"


No comments:

Post a Comment