Wednesday 21 April 2010

Cigeret

Rokok dikatakan haram. Iyakah? Aku ada bertanya cucu kepada seorang tok guru di sini. Tok guru yang berguru di tanah Arab bertahun-tahun lamanya. Benda yang haram adalah benda yang buat kita lupa, tidak sedarkan diri. Rokok mengkhayalkan? Renungkanlah. Rokok banyak mencipta sejarah dalam hidup perokok seperti aku. Pahit manis tak dapat dilupakan. Ini antara kisah perokok yang aku pernah kenal.

Kesah 1 : Si A kantoi rokok di sekolah dan cikgu memaklumkan kepada bapa si A. Pelempang sulong dihadiahkan setelah si A pulang ke rumah. Setelah dilempang, si A lari dan tidak pulang ke rumah selama seminggu. Ibu si A yang risau memaksa bapa si A mencari dan memujuk si A pulang. Semenjak kejadian itu, si A dapat lesen besar.

Info : Pelempang merupakan cara tipikal untuk dapat lesen besar merokok ketika masih sekolah.

Kesah 2 : Si B kantoi merokok di belakang toilet ketika waktu rehat lalu dihadapkan ke bilik disiplin. Setelah dirotan , soalan demi soalan serta leteran dilemparkan. Antaranya, apa nak jadi dengan hang ni? Sapa dok ajaq isap rokok ni? Mak pak hantaq mai mengaji bukan mai mengisap.
Kalau saya habaq kat mak pak hang camna? Mesti depa malu, keciwa dengan hang ni. Dengan kering si B menjawab, cikgu, saya kat rumah pun memang macam ni la. Cikgu terdiam dan mengarahkan si B pulang ke kelas.

Banyak lagi kesah tapi aku dah malas nak tulis. Cuma ingin berpesan, jangan mulakan merokok kerana anda akan dapat sakit(sakit badan, sakit poket) dan menyesal di kemudian hari.




1 comment:

  1. rokok itu adalah silent killer...memang ia tidak membunuh serta merta namun ia sedikit demi sedikit akan menurunkan prestasi kesihatan seseorang dan untuk jangka masa beberapa puluh tahun akan datang seseorang itu berisiko untuk mendapat bermacam-macam penyakit kerana rokok mengandungi lebih dari 4000 bahan kimia.....jadi mungkin releven jika dikatakan rokok itu sebagai sesuatu yang haram..... :)

    ReplyDelete